Wednesday, June 15, 2016

Sampai satu tahap aku rasa dikhianati
Sampai satu tahap aku rasa diperbodohkan
Sampai satu tahap aku bagai tidak wujud di sekeliling kamu

Ya!
Aku mulut busuk
Ya!
Aku mulut tidak perna berhenti diam
Aku bercerita pada semua
kerana apa?
kerana kamu, kamu, kamu, bertanya pada aku
tapi aku tidak perna sekali menambah perasa
tapi aku tidak perna sekali menambah cuka atau gula

Kamu berbicara dengan aku bila kamu rasa ada aku
Walhal aku boleh kira hari-hari aku berbicara pada aku
kenapa?
Busuk kah aku? Hina kah aku? Cacat kah aku?
Ya!
Memang aku cacat! tapi cacat aku tidak menganggu kamu bukan?
Aku tidak perna lakukan kesalahan pada kamu bahkan bekerja bersama kamu
Tidak apa
Jika itu kamu mahu silakan

Aku pikir kamu selesa pada aku
Aku pikir kamu setuju dengan tingkah aku
Aku pikir kamu rapat dengan aku
kamu bercerita hal kamu pada aku
ternyata aku bagai binatang yang boleh kamu bodohkan


Semalam hari kebodohan aku
Hari ini aku bangkit dari segala kebodohan aku
terima kasih menyedarkan aku selama ini