Saturday, January 26, 2013

AL-FATIHAH

Sudah 4 hari Opah tinggalkan dunia ini dengan 1001 pelbagai kenangan dan pengajaran yang diturunkan kepada aku sejak dilahirkan. Sebab Mama kerja, so nak dikirakan Opah yang pelihara aku sejak baby lagi. Opah meninggal dunia disebabkan kanser usus bedasarkan kekerapan dia mengalami gastrik dan juga strok di otak. Alangkah pilu dan sedihnya menerima panggilan daripada pakcik aku mengatakan opah sudah tak ada. Tak apa Shahirah, ALLAH lebih sayangkan opah. Dia tak nak tengok opah menderita dengan semua wayar dan bergelen2 air masuk dalam badan opah tu...


OPAH DENGAN SAYA (1 TAHUN)

GAMBAR TERAKHIR DENGAN OPAH '2012' (Alhamdulilah Opah sempat tengok aku  dapat Ijazah)

Opah, Kak Long RINDU suara opah nyanyi :(  Kaklong doakan Opah ditempatkan orang yang beriman dan Solehah. AMIN

No comments:

Post a Comment